Shahmersing Updates
Male and 10 years working at retail. Like chatting, fishing, bowling, singing, drawing and tour. Join more social web like Facebook, Twitter & Myspace. Love blogging in blogspot, wordpress & xanga.
Male and 10 years working at retail. Like chatting, fishing, bowling, singing, drawing and tour. Join more social web like Facebook, Twitter & Myspace. Love blogging in blogspot, wordpress & xanga.
Nampaknya sudah lama saya tidak singgah disini. Sekali-sekala saya hendak menjenguk dan membuat update yang terbaru. Sekarang ini ramai pengguna yang begit berhati-hati dengan penyimpanan laptop. Bimbang ada orang yang menggunakan pengesan laptop ini akan mengesan laptop anda dirumah. Mujurlah saya tidak memiliki laptop, jadi saya tidak bimbangkan mengenainya. Jika anda ingin menyimpan laptop dengan selamat, anda perlu memisahkan bateri pada laptop tersebut dan sentiasa matikan suis utama. Anda perlu berhati-hati sekiranya anda meletakkan laptop di dalam kereta semasa membeli belah di pasaraya. Ada penjenayah yang menggunakan pengesan laptop dan sudah pasti memerhati gerak-geri anda dari jauh. Sekiranya anda lalai dan meletakkan laptop di dalam kereta, mungkin penjenayah ini akan terus mendekati kereta anda sekiranya anda sudah masuk kedalam pasaraya. Sudah pasti penjenayah ini akan memecahkan tingkap kereta dan terus membuka bonet untuk mengambil laptop dan barang berharga. Bagi sesetengah pemilik laptop sudah pasti akan membawa ke mana-mana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita ketahui di dalam laptop sudah pasti memiliki banyak data-data terutama data peribadi dan pelanggan-pelanggan. Oleh itu kita perlu peka dengan perkembangan yang terbaru ini dan perlu berwaspada dalam setiap masa.